BLOGGER TEMPLATES AND Google Homepages »

Thursday, May 13, 2010

demi syurga....

.

.
Cahaya menyentuh....


"berilah derita demi bahagia..
bunuhlah nyawa demi hidup semula"

 benarkah??
mampukah???
.
.

Thursday, May 6, 2010

berilah syurga


..antara..

..memiliki dan memahami..

Sunday, May 2, 2010

de javu-gema di inderaloka

.

Waktu pintumu ku buka setengah
gemersik menikam melantun suara
ku tinjau sejenak untuk periksa
bergema di Lembah Inderaloka

Suaramu membisik merdu di kalbu
memanggilku


Kubuka sepenuh pintu dayamu
dan melangkah masuk kedalam taman mu
aku tak pasti apa akan berlaku
kalau aku ditangkap pengawalmu


Mungkin aku akan terkorban
dalam merinduimu

Tapi kenapa kau hadir saja
dalam setiap mimpi-mimpiku
dan meninggalkan kunci dan peta
kalau aku kau tak ingini

Kasih, siapa aku di sisimu
kini ku berada dalam taman mu
tiada aku takut akan kematian
kerana hidup dan mati sama untukku
telah kulalui, berulang kali

Keindahan taman mu tiada bermakna
jika wajahmu tidak kutemui
biar ku terlantar dimamah waktu
aku tetap akan menunggumu

Kasih, siapa aku di sisimu
ku pakukan kakiku ke tanahmu
biar berdarah menjadi sungai
agar tak bisa dicabut oleh sesiapa
yang mahu menghalau ku keluar...!

..........