BLOGGER TEMPLATES AND Google Homepages »

Monday, September 27, 2010

suratan apakah ini???...

.
.
ketika masih belum terubat sedikitpun kedukaan...
ketika rohani dan jasmani masih lagi dalam kebingungan...
antara sedar dan khayal....
antara mimpi dan nyata...
antara jasad dan nyawa..

Sang hud-hud Taman Syurga pula hilang dari pandangan...
dilarikan entah dia atau dia...


maka sakitnya, dukanya, sengsaranya...
ternyata berganda...

Saturday, September 18, 2010

khotimah..

9 Syawal 1431

maka khalifah menemui bidadarinya di muka bumi...

setialah wahai Taman Syurga..
seumur hidupmu...

Monday, August 30, 2010

jika kamu bertanya

andai kamu bertanya:

jawapannya....

Ya..
aku sengsara...
sangat sengsara...
terlalu derita...
mengunci duka...
menadah lara...
mengayak kecewa...

demi bahagia mereka...
.
.

Friday, August 6, 2010

benang iman...

.
.
setiap saat detik itu
tatkala melihat dan menyentuh maujud Taman Syurga
sebenarnya di dalam
berperang antara cahaya dan gelita
antara tenang dan gelora
antara mahmudah dan lauwamah...

syukur ya Haq...
rupanya dihujung jemari...
masih terikat benang iman..

walaupun belati ghairah menarik diri sekuat Zulaikha...   
.
.

Saturday, July 17, 2010

.
Sang khalifah hanya guna sezarah kekuatan...

tunggu sahaja bila tiba ketika....
semasa mutlak dalam genggaman...

maka bermulalah kesaktian...

gelisah...

.
Aku mohon perlindungan..
Dengan kalimat-kalimat DIA yang maha sempurna,
Dari kemarahan-Nya dan seksa-Nya,
dan dari keburukan hamba-hamba-Nya,
dan dari godaan syaitan..
dan aku mohon perlindungan daripada didatangi mereka.

Perkenankanlah...

Tuesday, July 13, 2010

ku terima seadanya...

suntiklah racun itu...

biar mengalir di pembuluh darah...
lumpuhkan sendi, butakan mata
tulikan telinga,kuncikan mulut
sesakkan nafas gugurkan jiwa...

memang itu yg selayaknya ku terima...

agar datang kesakitan
agar seru kematian

agar boleh diganti dengan kebahagiaan untuknya...

Monday, July 12, 2010

sembuh sendiri

.
pinjam pakaian rajuk

salut tubuh...

seketika... jiwa ketawa...

"sudah laa...buka sahaja... x akan ada siapa peduli pakaian ditubuh itu.."

"dia???"


"kenapa perlu?? bukankah kau sendiri tahu dia lebih selesa memakai pakaian itu sambil kamu sendiri memujinya"


akur.... faham...

Tuesday, June 29, 2010

Sedarkah dia?

.
andai Syurga sedar....

seluas 7 petala langit...
seisi bumi dan cakerawala sekali pun...

masih lagi.

tidak mungkin dapat menandingi
keinginan wujud bersamanya.

Wednesday, June 23, 2010

kotak mimpi...

.
.
.
bayu inderaloka menolak kotak mimpi...
menarik anganan tempohari...
sambil menghiasi segenap sisi..

bisiknya:
ketika detik hampir mustahil itutibanya bukan hanya melihat maujudmalahan menyentuh rasa zahir Taman Syurga 
sejujurnya:
empunya kotak mimpi hanya mampu tersenyum...
mungkinkah anganan ini hanya akan tinggal anganan...
mana terdaya menepis hikmat khalifah...
mana mampu menyingkir sakti si ummi...

.
simpan anganan dalam kotak..
tutup separuh rapat..
semoga boleh terbuka semula...

  .

Saturday, June 19, 2010

penangan ...


penangan hijab khalifah,

menutup segenap ruang udara Taman Syurga


walaupun hud-hud sebenarnya mampu membawa perkhabaran 
dari luar dunia 
namun masih duka menjunjung cerita dari dalam Taman Syurga



Hilang sehari dunia ...
umpama seribu tahun menunggu berita...

....

Friday, June 18, 2010

Thursday, June 3, 2010

anugerah???

..
khayal menikmati fatamorgana...
ketika khalifah mendekati hakiki taman syurga...

.
.

Thursday, May 13, 2010

demi syurga....

.

.
Cahaya menyentuh....


"berilah derita demi bahagia..
bunuhlah nyawa demi hidup semula"

 benarkah??
mampukah???
.
.

Thursday, May 6, 2010

berilah syurga


..antara..

..memiliki dan memahami..

Sunday, May 2, 2010

de javu-gema di inderaloka

.

Waktu pintumu ku buka setengah
gemersik menikam melantun suara
ku tinjau sejenak untuk periksa
bergema di Lembah Inderaloka

Suaramu membisik merdu di kalbu
memanggilku


Kubuka sepenuh pintu dayamu
dan melangkah masuk kedalam taman mu
aku tak pasti apa akan berlaku
kalau aku ditangkap pengawalmu


Mungkin aku akan terkorban
dalam merinduimu

Tapi kenapa kau hadir saja
dalam setiap mimpi-mimpiku
dan meninggalkan kunci dan peta
kalau aku kau tak ingini

Kasih, siapa aku di sisimu
kini ku berada dalam taman mu
tiada aku takut akan kematian
kerana hidup dan mati sama untukku
telah kulalui, berulang kali

Keindahan taman mu tiada bermakna
jika wajahmu tidak kutemui
biar ku terlantar dimamah waktu
aku tetap akan menunggumu

Kasih, siapa aku di sisimu
ku pakukan kakiku ke tanahmu
biar berdarah menjadi sungai
agar tak bisa dicabut oleh sesiapa
yang mahu menghalau ku keluar...!

..........

Friday, April 23, 2010

ironi

.

dalam nyata yg lena...

mengunci pintu neraka di sebelah kanan ...

membuka pintu neraka di sebelah kiri ...

Monday, April 12, 2010

akur pada hakikat........



akur..

langit Taman Syurga mula diselubungi awanan Si Khalifah..
sedikit demi sedikit...
membentuk hijab..
untuk makhluk seperti aku..

Saturday, April 10, 2010

sampai bila????

Sunday, March 28, 2010

takdir apakah ini?




khalifah itu semakin sangat hampir...

namun...

gemersik dari dalam Taman Syurga tiba-tiba kembali beralun...

dengan rima yang sama seperti sebelumnya...

"kunci itu hanya ada padamu... jagalah sedaya yang kamu mampu"



mampukah aku???

Ku pohon



.

Yaa Malik Al-Mulk...

berilah aku kekuatan...
untuk aku menghadapi segala-galanya...

Aminnn..

Tuesday, March 16, 2010

selamanya...

"simpanlah selamanya kunci itu.. " seru gemersik dari dalam Taman Syurga

"Mana mungkin? bukankah khalifah sudah muncul pada masanya?"

"Lupakah dirimu kunci itu milikku... maka benarlah aku sahaja yang mampu menentukan siapa yang berhak memilikinya..."






"Wahai khalifah.. kumpullah kekuatan iman...jika kau benar mahukan kunci itu dariku"

Monday, March 1, 2010

mohonku...

Ya Rahman Ya Rahim..


tenangkanlah jiwaku....
tenteramkanlah hatiku...


jika jiwa dan hati itu benar2 wujud untukku...

amanah...

wahai khalifah di muka dunia...
separuh nyawa rela kuserahkan Taman Syurga ni untukmu..
kerana engkau yang lebih layak ke atasnya...

kerana aku sentiasa sedar...
walaupun kunci Taman Syurga ini berada digenggamanku...
makhluk seperti aku tetap hanya layak sebagai 'penjaga' kunci itu...
walaupun kadangkala gerbang Taman Syurga terbuka luas untuk aku menikmati keindahannya...
makhluk seperti aku ini hanya layak mengintai dari tirai jendelanya sahaja..

kecuali jika Yang Maha Kuasa...
merubah aku daripada Sang Penjaga kunci Taman Syurga...
kepada..

manusia khalifah di atas dunia...




termakbulkah doa?....

Saturday, February 20, 2010

kelemahanku


Telah ku mungkiri
janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih

Sunday, February 7, 2010

kemampuanku..

aku mampu memberikan segala sifat kemanusiaan yang dipinjamkan..
suka, duka, kasih, sayang, benci, hiba, gembira, ceria, marah...
semuanya..
apa sahaja...

tapi aku masih tidak mampu memberikan maujudku seadanya...

Monday, January 25, 2010

mimpikah aku??

mengapakah mimpi-mimpi itu muncul kembali???

sedangkan..

aku tidak punya daya dan masa untuk lena ...

hakikatnya..

aku sendiri tidak mampu memiliki sebuah kotak mimpi begitu....

Thursday, January 14, 2010

sesuci mana???

adakah pahit setitis  dosa yang dibawa...

telah

menghilangkan masin selautan pahala yang tersedia.....

Sunday, January 10, 2010

layakkah aku??

aku akui...

sesungguhnya aku tak layak untuk syurgaMu

namun...

aku x berupaya untuk menanggung seksa nerakaMu jua...

Sunday, January 3, 2010

jawapan yang pasti



taman di antara taman-taman syurga masih membuka gerbangnya....

dan

selagi ia masih terbuka....

selagi itulah kematian tidak bisa menjemput...